:
TADIKA MUHAMMAD AL FATEH PRESINT 9

TADIKA MUHAMMAD AL FATEH PRESINT 9

PENGENALAN

Penubuhan Tadika Muhammad Al Fateh atau lebih dikenali sebagai sebuah pusat pembelajaran dan didikan pra sekolah adalah bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan spiritual. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira serta dapat memupuk sikap positif di dalam diri sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Penggunaan ko kurikulum dan modul TAFIST adalah selaras dengan keperluan dan kehendak pembangunan modal insane serta yang diingini oleh KPM.

 MATLAMAT

Tadika Muhammad Al Fateh ingin memperkembangkan pendidikan awal kanak-kanak atau pra sekolah yang memberikan penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akademik demi keseimbangan di dalam proses pendidikan mereka.

 OBJEKTIF

  1. Memberikan pendidikan Islam dengan memberikan penekanan terhadap pembacaan dan pemahaman Al Quran dan pengajian Fardhu Ain yang kemas dan seragam serta berpandukan Al Quran dan sunnah.
  2. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran kanak-kanak seawal usia 4 tahun membaca dan memahami isi kandungan Al Quran serta membasmi buta Al Quran di kalangan mereka sekaligus melahirkan generasi yang celik Al Quran serta melahirkan pengahafaz dan mengamalkannya.
  3. Memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus, selain dari agama, kanak-kanak TAFIST juga diberi penekanan dalam bidang akademik berdasarkan ko kurikuum dan modul yang ditetapkan oleh KPM demi keseimbangan di dalam proses pendidikan mereka.
  4. Mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu dan seimbang antara rohani, jasmani, agama dan akademik.
  5. Membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.